Contributors

Thursday, August 14, 2014

happy birthday to me

Assalamualaikum :)

semalam, birthday saya.

saya agak excited, nak tunggu siapa orang yang pertama sekali wish birthday saya. masa tu dah pukul 10.30 malam dan saya sangat la penat dan pening tapi sebab nak tunggu jgak, i kept myself awake with QTB questions.

saya tunggu, dan tunggu.. sampai 12 malam, tapi phone saya senyap je.. dalam 12.10 minit saya kata kat diri sendiri,

"afiqah, you yourself pun tak wish birthday orang, tolong jangan harap orang wish birthday awak boleh tak?"

lepas tu saya buat keputusan untuk tido. baru tutup lampu dan baring, tetiba phone vibrate. masa tu phone tengah charging, phone atas meja belaja. hah! saya cepat2 pergi kat meja belaja nak check phone, rupa rupanya, tonton.com hantar email wish birthday saya, that's a good CRM, haha

lepas bagun tido, saya dapat beberapa wishes daripada keluarga kat whatsapp, banyak jgak la. lepas tu Dua belikan kek, that was very nice of her :) she is my closest friend here :)


kalau nak cakap tentang apa orang buat untuk saya sebab hari tu adalah birthday saya, tak de apa yang menarik sangat (selain daripada Dua belikan kek untuk saya) tapi semalam, saya rasa happy sangat, saya rasa semua orang sangat baik dengan saya.

1. seorang classmate hantar email pada saya kata nak join kumpulan saya untuk group assignment untuk subjek marketing. bersungguh betul sampai bertanya orang untuk email saya. dah tu, dalam email tu, puji saya melambung lambung. tak cukup dengan tu, selepas habis kelas kitaorang bercakap, dia puji plak kata saya nampak muda. tak cukup dengan tu lagi, dia kata kulit saya cantik dan dia tanya saya pakai moisturizer apa, hahaha! how can i not take her to be in my group! :)

saya cerita kat raihan, raihan meng ia kan semua pujian dia tu dan raihan kata apa dia cakap betul. raihan siap tambah, dia (maksudnya raihan) bukan nak bodek saya untuk masuk kumpulan saya, *blushing* hahhahaha!

2. dalam kelas econs, cikgu randomly bagi kitaorang kumpulan untuk perbincangan soalan tutorial. dalam kumpulan saya, semua tak buat soalan tutorial langsung, kecuali saya. so, masa perbincangan saya cite2 la kat diaorang jawapan soalan tu, dan terang kan sikit2.

lepas habis kelas, dua orang antara diaorang tanya cikgu, kumpulan ni kekal sampai habis semester ke, cikgu cakap tak, setiap minggu akan tukar kumpulan. diaorang minta supaya kumpulan kitaorang kekal, they want me to be in the group, they dont mind about the others, hahaha!

dan lepas habis kelas, diaorang semua cakap thanks kat saya, bukan kat cikgu. cikgu tu pandang je, haha!

3. meeting untuk publicity team untuk charity run berjalan dengan sangat lancar. yang ni tak de siapa puji saya (lol!) tapi saya seronok sangat sebab sebelum ni team ni yang paling saya risau, tapi lepas meeting tu, saya sangat lega :)


selepas pukul 8 malam tu, saya terima banyak birthday wishes, sebab kawan saya terperasan dalam calender phone dia ada tulis birthday saya tapi tak kat facebook, saya rasa mungkin sebelum saya private kan birthday saya, phone calender dia sync dengan facebook punya birthday kot dan bila saya private kan birthday saya, phone calender dia tak delete.

kesimpulannya, saya sangat happy masa birthday saya :)

No comments: